Terapi Ketawa Boleh Atasi Kanser
PETALING JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Pesakit barah kini digalakkan melakukan terapi ketawa untuk mengurangkan tekanan akibat kesengsaraan menghidapi penyakit itu, kata pakar perubatan Dr Alvin Chang pada Sabtu.
Beliau berkata beberapa kajian mendapati terapi ketawa mampu mengubati penderitaan pesakit kanser kerana ketawa dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dalam badan penghidapnya.
"Bila anda membuat seseorang gembira, ia seperti mekanisme semulajadi di dalam badan. Sistem imun akan meningkat.
"Sekarang ini ada banyak teori mengatakan, sebab mengapa orang tertentu mengidap jenis kanser tertentu kerana sistem imun tubuh mereka yang lemah akibat hidup tertekan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran sambutan Jubli Perak Yayasan Cancerlink oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini.
Dr Chang, yang juga doktor sukarela di Yayasan Cancerlink, berkata terapi itu dilakukan oleh pakar bidang ketawa dalam usaha memulihkan pesakit kanser.
Terdahulu dalam ucapannya, Abdullah menasihatkan pesakit-pesakit kanser agar tabah dalam melawan penyakit itu dengan melibatkan diri dalam kegiatan luar.
Beliau turut berkongsi kisah isterinya Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood menjalani kehidupannya selepas didiagnosis penyakit kanser tahap ketiga.
"Sepanjang lima tahun terakhir beliau (Endon) menderita akibat kanser payu dara, beliau menjadi lebih aktif daripada biasa.
"Beliau memutuskan untuk berbuat sesuatu... dia tidak menunjukkan kesakitan yang dirasainya kepada umum sebaliknya berbuat biasa seperti tidak berlaku apa-apa," katanya.
Allahyarham Endon meninggal dunia pada 20 Okt 2005.
Pada majlis itu, Yayasan Cancerlink menerima sumbangan RM80,008 daripada Yayasan Sime Darby bagi program kesedaran kanser yang dianjurkannya.
Ditubuhkan pada 1986, Yayasan Cancerlink bertujuan memberi sokongan emosi, praktikal dan maklumat kepada pesakit-pesakit kanser serta anggota keluarga dan rakan mereka.
-- BERNAMA
Ketawa dan bergembiralah. Ketawa sebagai ubat memang telah diketahui kemujarabannya. Ketawa juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada kesakitan dan penyakit kanser.
Apabila kita ketawa, hormon endorfin dihasilkan sekaligus memberikan satu perasaan tenang dan puas. Memang tidak dinafikan lagi mereka yang hidup dalam kegembiraan hidup lebih lama dan sihat daripada mereka yang sentiasa bersedih.
"Life is short and sweet, so make others happy and never let anyone down"
3 comments:
betty adila (13/03/2010 3:24:41): beberapa kajian mendapati terapi ketawa mampu mengubati penderitaan penyakit kanser kerana ketawa dpt mengalang petumbuhan sel kanser dlm badan penghidapnya
betty adila (13/03/2010 3:26:43): "bila anda membuat seseorg gembira, ia sperti mekanisme semulajadi dalam badan. sistem imune akan meningkat"
betty adila (13/03/2010 3:27:56): SINAR HARIAN-AHAD 28 FEBUARI 2010
[TQ'S KAK LALA]
wlcm sis..
sntiasa ktwa ya.. jgn bsdh lg...ku xska tgk kmu sdh :) lap u so much sis brokoliss.. :)
cek tumpang laluuuu
hikhik
Post a Comment