Monday, March 15, 2010

5 Perkara Rosakkan Akidah Muslimah


Dr Aidh Al-Qarni berkata:-
"Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tangamu sendiri"


Bagaimanakah kita boleh menghancurkan diri sendiri?
Segala-galanya menerusi hati!

  • Jangan resah dan gelisah - usah selalu mengeluh keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.
  • Jangan bersedih dan berasa derita - hapuskan perasaan ini dengan beristighfar,berdoa, dan memohonlah pertolongan daripada-Nya
  • Jangan lemah dan malas - Aktifkan diri dengan ibadat,berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah.
  • Jangan banyak hutang- Nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.
  • Jangan kedekut dan pengecut - Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredaan Allah juga bergantung kepada keredaan mereka.
Baginda s.a.w. mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada 5 perkara di atas :-

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang"

1 comments:

Hami Asraff said...

Salam ziarah :)

Perkongsian yang bermanfaat!